Wednesday, December 26, 2012

Durian crepe order lagi.....


Alhamdulillah..ada yang ngoder lagi...Doyan Crepe nih...kat sini mak nak share la resipi doyan crepe ni...untuk dapatkan kulit yang halus dan tekstur yang tak mudah koyak.mmg kna guna bnyk jenis tepung..ada yang 5 & ada yg 7 jenis..tp kalau sape yg takde tepung yg macam2 ni boleh je guna tepung gandum...tak salah pon...cuma kulitnye takde la senipis yang mcm kulit isi durian tu....so jom belek recipe nye....


Durian Crepe (5 jenis tepung)

Bahan-bahan ( 70 biji )

  • Bahan2 ini perlu di ayak 
  • 15gm tpg hongkong 
  • 25 gm tpg jagung
  • 13gm tpg ubi kentang
  • 13gm tepung ubi kayu 
  • 8 gm tepung kastard 
  • 20 gm gula aicing 1/8 teh garam
  • 15gm butter cair/ minyak biasa/jagung 
  • 250gm air 
  • 1 sudu essen vanilla 
  • 6 biji telor gred A
  •  pewarna kuning 
  •  kesemua bahan ini disebatikan (blender & tapis)

  • Untuk Filing
  • 200ml fresh milk 
  • 100 ml fresh cream 
  •  25gm tpg kastard
  • 50 gm gula castor
  • 2 biji kuning telur
  • 25ml fresh milk
  • Double boilkan fresh milk & fresh cream.kemudian masukkan tpg kastad,gula castor,kuning telur dan fresh milk....kacau sehingga adunan ini pekat..lepas tuh sejukkan semalaman
  • 200gm fresh cream yg dipkl hingga bertanduk. lepas dah custard kite sejuk baru kaup balik dgn fresh cream bertanduk.simpan lagi dlm peti ais.

Cara-cara

  1. utk buat kulit masukkan kesmua bahan2 tepung dlm bowl..buat lubang di tengah..masukkan bahan cecair sikit demi sikit..kacau sampai sebati dan tapis baru masukkan pewarna
  2. tuang sesenduk dlm nonstick pan..lenggang kasi nipis.tak perlu terbalikkan....bila dh siap..letak custard filling n isi durian..lepas tuh balut mcm balut popia..tp kena hati2



Resipi menggunakan Tepung Gandum

Bahan-bahan ( 30 biji )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau & kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.



No comments: